Resepi Ayam Percik Madu Sedap

Resepi Ayam Percik Madu – Assalamu’alaikum kita berjumpa lagi bersama kami admin Kongsi resepi yang selalu berkongsi pelbagai resepi ayam mudah dan lazat. Kali ini kami akan kongsikan resepi ayam percik madu sedap dan lazat. Semua rakyat tahu jika resepi ayam percik madu mempunyai rasa yang enak dan membuat anda ingin selalu mencuba dan memakan ayam percik madu ini. Resepi ayam percik madu ini banyak dijual di kedai – kedai makanan, jadi tidak hairanlah bila masyarakat malaysia banyak yang menggemari ayam percik madu ini. Resepi ayam percik madu ini banyak sekali dicari dan ingin dipelajari oleh ibu – ibu. Hal ni dikarenakan ayam percik madu ini mempunyai rasa yang sangat enak dan lazat.

Ayam Percik Maduu
Ayam Percik Maduu

Resepi ayam percik madu ini terbilang mudah – mudah sulit. Kenapa seperti itu ? Hal ni dikarenakan resepi ayam percik madu ni bahan yang digunakannya sangat lah banyak, bahan – bahan untuk membuat dan bahan bahan yang dikisar, Akan tetapi rasa yang dihasilkan nantinya akan memiliki rasa yang sangat lazat dan membuat anda ingin mencubanya lagi. Anda tidak perlu pening – pening lagi kerana kami telah menyediakan resepi ayam percik madu di bawah ini. sehingga anda dapat melihatnya dan mencubanya dengan resepi yang telah kami sajikan. Kadang-kadang buat ikut resepi A. Nanti cuba pulak resepi B. Lagi nak derhaka. Resepi A campur dengan resepi B jadi resepi C. Nah dibawah ini adalah resepi C. Sila rujuk resepi ayam percik madu sedap dan lazat ini.

Resepi Ayam Percik Madu Sedap dan Lazat

Bahan – Bahan yang digunakan :

  1. Garam secukup rasa
  2. 3 sudu besar gula (boleh tambah kalau suka manis)
  3. 1 ekor ayam di potong 12.
  4. 1 kiub ayam
  5. 3 sudu besar cili kisar
  6. Sedikit minyak untuk menumis
  7. 3 cawan santan pekat ( sama dengan 1 biji kelapa)
  8. 3 sudu besar madu
  9. 1 sudu teh halba

Bahan yang dikisar :

  1. 5 biji bawang merah
  2. 3 biji bawang putih
  3. 5 batang serai
  4. 3 cm halia, lengkuas dan kunyit

Cara membuat ayam percik madu sedap :

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Tak garing sangat pun tak apa. Saya suka kalau bahan kisar tu kering. Tak diblend dengan air. Kalau ada blender kering lagi senang. Kalau tidak. Rajin-rajinlah menumbuk ya.
  2. Masukkan ayam. Masak dengan api rendah. Biar ayam masak perlahan-lahan. Nanti lembut isi daging.
  3. Lebih kurang 10 minit. Masukkan santan. Kacau. Ayam tak perlu masak sangat. Cukuplah separuh masak saja. Lepas ni nak bakar pulak.
  4. Angkat ayam. Kalau ada pemanggang arang. Sedapnya. Dapat bau-bau arang. Takda pun tak apa. Oven pun boleh.Lepas ayam diangkat. Masak lagi dengan api perlahan sampai pecah minyak ya kawan-kawan
  5. Panggang ayam dengan suhu 180’C selama lebih kurang 45 minit. Selang 15 minit keluarkan ayam. Sapu dengan kuah. Ulang sebanyak 3 kali.
  6. Agak-agak dah masak. Letakkan dalam bekas. Curahkan kuah percik. Sedia untuk dimakan.

Baca Juga : Resepi Ayam Stim Sedap

Bagaimana anda sudah tahu resepi ayam percik madu dan bagaimana membuatnya? Pasti anda sudah tahu resepi ayam percik madu dan cara membuatnya. Sekian artikel tentang resepi ayam percik madu, Mudah-mudahan dengan Artikel ini membuat anda boleh mengetahui mengenai resepi ayam percik madu dan cara membuatnya. Terima kasih dan selamat mencuba.

Tags: