Resepi Kek Black Forest Kukus Sukatan Cawan

Resepi Kek Black Forest – Assalamu’alaikum dan salam sejahtera untuk kita semua. Bagaimana kabar anda semua ? Tentu baik bukan ? Alhamdulillah hari ini kami masih diberi kesehatan sehingga kami bisa kembali lagi untuk membahas berbagai macam resepi kek mudah. Hari ini kami admin kongsi resepi akan membahas dan membagikan resepi kek black forest. Siapa yang akan tidak tahu dengan resepi kek black forest secret recipe ini? Sudah tentu semua orang tahu tentang ini roti tekstur baik yang dimiliki dan rasa kepunyaan roti ini. Resepi kek black forest kukus ini boleh dikatakan mudah mudah sukar sejak resepi kek black forest mudah ini mempunyai banyak bahan-bahan yang digunakan. Tetapi anda semua tidak perlu bimbang kerana kami telah menyediakan resepi kek black forest step by step menjadikan ia mudah bagi anda untuk membuat kek black forest yang satu ini. Terus rujuk kepada resepi kek black forest sedap  dan resepi kek black forest mat gebu di bawah.

Kek Black Forest
Kek Black Forest

Resepi Kek Black Forest Kukus Sukatan Cawan

Bahan – bahan :

Bahan A :

  1. 100g gula kastor
  2. 1st esen vanila
  3. 1/2st baking soda
  4. 50g minyak jagung @ minyak masak
  5. 1/2st baking powder
  6. 3 biji kuning telur Gred A @ 4 biji kuning telur saiz sederhana
  7. 120g tepung naik sendiri

* Campur semua dalam mangkuk mixer dan gaul rata guna senduk kayu@whisk sampai sebati.

Bahan B :

  1. 120g air masak, panas
  2. 30g serbuk koko

* Campur semua Bahan B dalam satu bekas dan gaul hingga sebati serta hancur semua serbuk koko. Ketepikan.

Bahan C :

  1. 1/4st cream of tartar – optional
  2. 60g gula kastor
  3. 3 1/2 biji putih telur Gred A @ 4 1/2 biji putih telur saiz sederhana – ku guna 3 Gred A

Hiasan :

  1. 100g – 200g dark pitted cherries @ cherry pie filling @ blueberry filling
  2. Secukup chocolate curls @ parutan coklat
  3. Cherry merah bertangkai @ maraschino cherries
  4. 300g -500g @ 1C -2C fresh cream, dipukul kaku

Cara membuat Kek black forest kukus :

  1. Panaskan oven 175C. Sediakan loyang bulat 8″ atau 9″ (ku guna 8″) dan lengser serta alas dasar dan tepinya dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A, gaul hingga sebati (saya guna spatula je, lenyek-lenyekkan adunan pada dinding dan dasar mangkuk mixer sampai betul-betul sekata).
  3. Dalam bekas bersih tanpa sebarang minyak atau kuning telur, pukul putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan sedikit gula kastor. Pukul hingga bertanduk sambil dimasukkan baki gula sedikit demi sedikit (pukul sampai putih berkilat dan bila mangkuk mixer diterbalikkan, tiada adunan meleleh atau jatuh).
  4. Kaup balikkan meringue (adunan putih telur tadi) perlahan-lahan ke dalam adunan coklat. Kaup balik perlahan-lahan dan jangan terlebih kacau.
  5. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar 175C, 50-55 minit atau hingga lidi dicucuk ditengah kek keluar tanpa adunan melekat padanya.
  6. Terlangkupkan kek atas redai kek dan sejukkan pada suhu bilik. Untuk mudah membelah kek kepada 3 lapisan, balut kek yang sudah sejuk dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk untuk 2-3 jam atau semalaman. (NB:Tujuan balut kek dengan cling wrap untuk kekalkan moisture/kelembapan kek sponge. Kek sponge mudah kering lebih-lebih lagi jika disimpan terlalu lama dalam keadaan ‘togel’ dalam peti sejuk. Untuk kek ni saya skip sebab terlupa- kes lama tak buat layer kek, haha- memang rasa perbezaannya kalau simpan 24 jam tanpa deco dalam peti sejuk).
  7. Belah kek kepada 3 lapisan menggunakan pisau bergerigi @ serated knife. Sapu fresh cream pada lapisan kek pertama. Kemudian sudukan blueberry filling di atasnya. Tutup dengan lapisan kek ke-2 dan ulang lagi langkah sapu fresh cream dan meletakkan filling. Akhir sekali tutup dengan lapisan kek terakhir.
  8. Salut seluruh kek dengan lebihan fresh cream dan hiaskan dengan chocolate curls dan cherry merah bertangkai.

Baca Juga : Resepi Kek Milo Bakar Sukatan Cawan

Sekian artikel tentang resepi kek black forest kukus mudah dan semoga dengan dibuatnya artikel ini anda anda semua dapat membuat kek black forest untuk orang – orang kesayangan anda. Selamat Mencoba.

Tags: