Resepi Kek Hantu Sukatan Cawan

Resepi Kek Hantu – Asssalamu’alaikum dan salam sejahtera untuk anda semua berjumpa kembali bersama kami yang selalu berkongsi pelbagai jenis resepi kek mudah dan sedap. Kali ini kami akan berkongsi resepi yang sangat pelik dan menyeramkan yaitu resepi kek hantu mudah. Resepi kek hantu ini diberi nama hantu kerana kek yang satu ini memiliki warna yang gelap sehingga dinamakan kek hantu. Kek hantu ini salah satu kek yang menjadi kegemaran khalayak ramai, jadi tidak hairanlah apabila kek hantu ini banyak dijual di kedai – kedai kek dan pasaraya. Kek hantu ini juga dijual dengan harga yang tidak terlalu mahal dan sangat bersahabat dengan kantong kita. Selain itu juga kek hantu ini sangat recommended untuk anda semua yang ingin belajar membuat kek kerana kek hantu ini mudah.

Kek Berhantu
Kek Berhantu

Resepi kek hantu ini memang terbilang mudah hal ini dikeranakan bahan bahan yang digunakan juga tidak terlalu banyak dan cara membuat kek hantu ini juga sangat mudah. Anda sudah mulai tertanya tanya resepi kek hantu mudah dan cara membuat kek hantu mudah ? Apabila anda semua sudah mulai tertanya-tanya kami telah menyediakan resepi kek hantu mudah dan sedap. Resepi ini kami mix dari beberapa resepi dari blog lain sehingga rasanya pun lebih enak dan lazat. Sudah tertanya tanya ? langsung sila rujuk ke resepi kek mata hantu mudah dan sedap.

Resepi Kek Hantu Mudah dan Sedap

Bahan – bahan kek hantu :

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1/2 sudu teh baking powder
  3. 1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
  4. 1 cawan gula halus / gula castor
  5. 1 cawan serbuk koko
  6. 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  7. 2 biji telur Gred A
  8. 1/4 sudu teh garam
  9. 1 cawan susu pekat manis
  10. 1/2 sudu teh soda

Cara membuat kek hantu :

  1. Telur di pukul dengan wisk. Ketepikan
  2. Satukan semua bahan kering dan ayak. Ketepikan
  3. Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
  4. Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
  5. Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
  6. Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje…
    tutup api.
  7. Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar
  8. Susun bekal aluminium dalam kukus
  9. Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
  10. Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak
  11. Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna
  12. Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese

Bahan-Bahan Krim Cheese :

  • 500 ml UHT Whipping Cream
  • 250 gm Cheese
  • 1 sudu teh pes lemon
  • 3 sudu besar susu pekat manis

Cara Penyediaan

  1. Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
  2. Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
  3. Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul.

Bahan – Bahan Coklat Leleh :

  1. 1 sudu teh esen vanilla
  2. 250 ml UHT Whipping Cream
  3. 1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
  4. 250 gm coklat masakkan gelap
  5. 1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella
  6. 1 sudu besar butter

Cara Penyediaan

  1. Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
  2. Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
  3. Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
  4. Biarkan coklat mencair
  5. Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
  6. Biarkan sejuk
  7. Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
  8. Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )
  9. Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.
  10. Kek yang telah di potong di letakkan cheese
  11. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
  12. Ratakan cheese di atasnya
  13. Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
  14. Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
  15. Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
  16. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair
  17. Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit
  18. Sedia di nikmati

Baca Juga : Resepi Kek Aiskrim Kukus Mudah

Bagaimana sudah tahu resepi kek hantu mudah dan sedap ? Tentu anda semua sudah tahu. Semoga dengan dibuatnya artikel memberikan manfaat untuk anda semua. Selamat Mencuba.

Pencarian resepi terkini:

  • Resepi kek mata hantu

Tags: