Resepi Kek Kukus Buah Buahan Sukatan Cawan

Resepi Kek Kukus Buah Buahan – Assalamu’alaikum dan salam sejahtera untuk kita semua. Alhamdulillah masih diberi kesehatan sehingga kami admin Kongsi Resepi  masih bisa membhasa resepi kek mudah. Akan tetapi kali ini kami akan membahas resepi kek kukus buah buahan sukatan cawan. Kek kukus buah ini sangat lah digemari masyarakat malaysia tentunya. Resepi kek kukus buah ini sangat lah sedap dan lembut. Resepi kek buah bakar mudah dan tidak terlalu banyak membutuhkan bahan – bahan sehingga kek kukus buah ini sangat simple. Resepi kek kukus buah lembab ini tentu akan berhasil apabila anda mengikuti resepi yang kami sajikan dibawah. Langsung saja simak resepi kek kukus buah – buahan sukatan cawan dibawah ini.

Kek Kukus Buah Buahan
Kek Kukus Buah Buahan

Resepi Kek Kukus Buah – Buahan Sukatan Cawan

Bahan bahan:

  1. 500 gram mixed fruit
  2. Loyang saiz: 10″-12”
  3. 2 sudu kecil esen ros
  4. 2 sudu kecil esen ros
  5. 6 biji telur gred A – guna 7 gred sederhana
  6. 2 sudu kecil esen vanilla

Bahan Ayak:

  1. 1 sudu kecil serbuk buah pala – opsyenal
  2. 2 sudu kecil soda bikarbonat
  3. 1/2 sudu kecil cream of tartar
  4. 600 gm tepung gandum

Gula Hangus:

  1. 4 cawan gula pasir/800 gm – guna 700 gram
  2. 1/2 cawan air sejuk
  3. 500 gm butter

Cara – Cara Membuat Resepi Kek Kukus Buah – Buahan :

  1. Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dengan berhati hati dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair.
  2. Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sehingga agak suam.
  3. Masukkan pula bahan ayak ke dalam adunan gula hangus tadi sedikit demi sedikit dan kacau dengan menggunakan senduk kayu hingga rata.
  4. Dalam bekas lain, pukul atau blend telur sebentar. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Kacau lagi tapi jangan terlebih kacau takut buah mendap.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10” atau 12″ yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. Boleh tutup loyang dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter supaya tidak melekat bila kek naik tinggi. Nota: Saya guna 4 bekas aluminium 7″x3″ dan masa mengukus adalah 1 1/2 – 2 jam sahaja. Untuk masa depan, guna 5 bekas lagi sesuai kerana kek naik tinggi. Lagi pulak, pengukus saya tidak cukup tinggi.
  6. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukuslah selama minimun 4 hingga 6 jam. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Selain aluminium foil, boleh juga balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap air tidak menitis ke atas kek yang sedang dikukus.
  7. Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api. Kalau nak tambah air, pastikan ditambah dengan air panas.
  8. Bila kek telah masak, buka tutup pengukus dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang. Kek lebih lembab selepas 2 hari, jadi balut dengan plastik dan dibiarkan di atas meja selama 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang kering dan tajam.

Baca Juga : Resepi Kek Gulung Mudah Sukatan Cawan

Tips :

  1. Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.
  2. Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.
  3. Cukup sekadar whisk dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang dibeli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik.
  4. Selepas dikukus, kek mesti dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum dibungkus cucuk-cucukkan kek dengan lidi penyucuk sate dan tuangkan 1 sudu kecil jus oren sunquick atas lubang untuk melembabkan kek. Simpan dalam tupperware dan bolehlah dipotong untuk dimakan selepas seminggu. Jangan masuk fridge. Makin lama kek makin sedap dan berkilat.
  5. Pastikan tangan dan pisau yang digunakan semasa memotong adalah kering. Kek boleh disimpan selama 6 bulan – 1 tahun. Boleh juga dibungkus dengan plastic cling dan aluminium foil dan untuk disimpan dalam freezer. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.
 Bagaimana mudah bukan resepi kek kukus buah – buahan sukatan cawan diatas ? Bila anda sudah paham betul dan bisa buat kek kukus buah – buahan diatas jangan lupa share pada kawan – kawan anda dan sanak sodaran anda semua. Happy Cooking !

Pencarian resepi terkini:

  • kek kukus tahan lama

Tags: