Resepi Kek Sarang Semut Kukus Sukatan Cawan

Resepi Kek Sarang Semut – Assalamu’alaikum dan salam sejahtera untuk kita semua, berjumpa kembali bersama kamu admin kongsi resepi yang selalu berkongsi pelbagai jenis resepi kek tersedap dan terlazat. Kali ini kami akan berkongsi resepi kek sarang semut kukus, Kenapa dinamakan kek sarang semut ? Kerana Kek ini memiliki bentuk serupa dengan sarang semut. Resepi kek sarang semut sukatan cawan ini banyak dicari dari pelbagai kalangan khususnya Ibu-ibu. Hal ini dikeranakan kek sarang semut ini memiliki bentuk yang unik dan memiliki rasa yang sangat lazat dan sedap, jika anda mencuba kek yang satu ini pasti anda ingin mencuba  makan kek sarang semut ini lagi. Kek yang satu ini memiliki rasa yang manis, rasa manis itu berasal dari rasa coklat yang telah tercampur didalam kek sarang semut ini.

Kek Sarang Semut
Kek Sarang Semut

Resepi kek sarang semut ini memiliki pelbagai jenis dan macamnya seperti resepi kek sarang semut tanpa perap, resepi kek sarang semut bakar, resepi kek sarang semut noxxa. Dari macam – macam jenis kek sarang semut tadi kami punya resepi kek sarang semut mudah dan sedap. Resepi kek sarang semut sedap ini kami cuba dari berbagai eksperimen kami dan akhirnya kami menemukan resepi kek sarang semut kukus mudah dan sedap ini. Anda sudah mulai tertanya-tanya dengan resepi kek sarang semut kukus sukatan cawan dan resepi kek sarang semut kukus mat gebu ? Kami sudah menyediakan resepi kek sarang semut kukus mat gebu dan sendap dibawah ini.

Resepi Kek Sarang Semut Kukus Mudah dan Sedap

Bahan – bahan kek sarang semut kukus :

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 4 biji telur grade A
  3. 1 sudu teh esen vanilla
  4. 1 cawan air panas
  5. 125 gm butter
  6. 1/4 cawan susu pekat manis
  7. 2 sudu kecil soda bikarbonat
  8. 1 1/4 cawan gula halus

Cara Membuat kek sarang semut :

  1. Cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus dengan api sederhana (jangan dikacau).
  2. Bila gula sudah cair, tuangkan air panas.
  3. Bila sudah cair, sejukkan gula dan tunggu betul-betul sejuk.
  4. Cairkan mentega di periuk lain dan sejukkan.
  5. Bila keduanya sudah sejuk, pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata.
  6. Masukkan susu pekat dan kacau rata secara perlahan.
  7. Bila sudah rata, masukkan mentega cair dan kacau perlahan hingga rata.
  8. Tambahkan esen vanilla dan masukkan ayakan tepung dan soda. Kacau hingga rata.
  9. Masukkan gula hangus dan kacau rata.
  10. Tuangkan ke dalam loyang 7×7 inc yang sudah di lapik kertas pembakar dengan olesan sedikit butter.
  11. Perap aduan ini hingga 5 jam.
  12. Bila sudah perah 5 jam, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan sebelumnya dengan suhu 170 darjah hanya guna api bawah selama 45 minit.
  13. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
  14. Angkat kek dan sejukkan sebelum di potong.

Baca Juga : Resepi Kek Butter Kukus Sukatan Cawan

Bagaimana sudah tahu resepi kek sarang semut mudah dan sedap ? Tentu sudah tahu resepi kek sarang semut dan cara membuat kek sarang semut sukatan cawan. Semoga dengan dibuatnya artikel resepi kek sarang semut mudah dan sedap menjadikan anda bisa membuat kek sarang semut mat gebut ini. Selamat Mencuba.

Tags: