Resepi Kek Tiramisu Sukatan Cawan

Resepi Kek Tiramisu – Assalamu’alaikum dan salam sejahtera untuk kita semua berjumpa kembali bersama kami admin kongsi resepi yang selalu berkongsi pelbagai jenis resepi kek mudah dan sedap di Malaysia. Kali ini kami akan berkongsi resepi kek tiramisu secret recipe. Semua masyarakat malaysia pasti tahu kek tiramisu kerana kek tiramisu ini memiliki rasa yang sangat, kerana memiliki rasa yang sangat enak sehingga banyak di kedai kedai yang menjual kek tiramisu ini dan habis. Kek tiramisu ini adalah salah satu kek dari beberapa kek yang manjadi kegemaran khlayak ramai di Malaysia. Jadi kami sarankan anda semua mencuba membuat kek tiramisu yang satu ini pasti lah lazat dan sedap. Resepi kek tiramisu kukus ini kami mix dari beberapa resepi kek tiramisu mudah lainnya. Kami bereksperimen dan kami menghasilkan resepi kek tiramisu guna biskut sangat sedap dan membuat ingin memakan kek tiramisu lagi.

Kek Tiramisuu
Kek Tiramisuu

Resepi kek tiramisu kukus sukatan cawan ini sangat banyak dicari oleh berbagai kalangan terutama kalangan ibu – ibu. Resepi kek tiramisu ini mempunyai pelbagai macam tipe ada resepi kek tiramisu oreo, resepi kek tiramisu azlita masam manis,resepi kek tiramisu azlina ina, resepi kek tiramisu cheese, resepi kek tiramisu hanieliza, dan resepi kek tiramisu kukus. Apabila anda ingin menghasilkan kek tiramisu yang sedap anda harus mengikuti resepi kek tiramisu step by step yang sudah kami lampirkan dibawah ini. Sila rujuk Resepi kek tiramisu mudah dan sedap  dibawah ini.

Resepi Kek Tiramisu Mudah Sukatan Cawan

Bahan – bahan yang digunakan :

  1. 36 batang – lady finger
  2. 150grm – gula
  3. 2 sudu kecil – esen vanilla
  4. Garam – secubit
  5. 5 biji – telur kuning gred A
  6. Nescafe Pekat
  7. 450grm – mascarpone
  8. 5 biji – telur putih gred A

Cara-cara :

  1. Pukul putih telur dengan secubit garam hingga bertanduk .
  2. Dalam bekas lain pukul kuning telur dan gula separuh gebu , masukkan pula mascarpone dan pukul sebentar .
  3. Masukkan putih telur yang sudah dipukul tadi kedalam adunan kuning telur dan pukul lagi sehingga gebu dan berkrim , jangan lupa masukkan sekali esen vanilla .
  4. Bancuh nescafe tanpa gula dengan sedikit air suam celup cepat kedua belah biskut lady finger kedalam bancuhan nescafe kemudian susun kedalam bekas.
  5. Lapiskan dengan adunan krim dan lapiskan secara berselang seli sehingga biskut dan krim habis
  6. Akhiri lapisan dengan krim , tabur serbuk koko ke atas krim dan taburkan dwi coklat cip keatasnya .
  7. Simpan dalam peti ais semalaman untuk rasa yang lebih sedap dimakan…

Tips Tambahan

  • Kalau takder lady finger atau biskut khas untuk tiramisu,boleh gantikan dengan kuih bahulu ataupun kek span perasa kopi.
  • Kalau taknak letak cip coklat boleh juga digantikan dengan hirisan buah-buahan.

Resepi Kek Tiramisu ( Tanpa Telur )

Bahan – bahan yng digunakan :

  1. 1 cawan – gula pasir
  2. 250gm atau 1 buku – krim keju/cream cheese
  3. 1 sudu kecil – esen vanilla
  4. secukupnya – serbuk koko
  5. 1 cawan – air
  6. 1 sudu besar – esen kopi
  7. 250ml atau 1 kotak kecil – whipping cream
  8. secukupnya – lady finger “bonomi”

Cara-cara

  1. Satukan whipping cream,cream cheese,gula dan esen vanilla dalam satu bekas besar yang sesuai.
  2. Pukul guna mixer dengan kelajuan perlahan pada permulaan dan seterusnya laju sehingga krim kembang.
  3. Bancuh esen kopi dengan air,celup cepat satu persatu biskut bonomi dalam bancuhan kopi dan susun rata untuk lapisan pertama.
  4. Lapiskan dengan krim yang dah dipukul terlebih dahulu tadi sehingga rata tapi tidak tebal.
  5. Lapiskan lagi ats krim dengan biskut bonomi yang dah dicelup cepat dengan bancuhan esen kopi.
  6. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan krim.
  7. Pastikan lapisan akhir paling atas ialah krim.
  8. Akhir sekali tabur serbuk koko atas lapisan krim.
  9. Siap dan sejukkan dalam peti ais bawah.
  10. Biarkan semalaman sebelum dimakan untuk rasa yang lebih sebati

Tips Tambahan

  • boleh gantikan esen kopi dengan nescafe
  • boleh kurangkan atau tambahkan gula ikut kesesuaian tekak masing
  • boleh tabur chipckolat juga lepas tabur serbuk koko

Baca Juga : Resepi Kek Span Coklat Kukus Sukatan Cawan

Bagaimana sudah tahu resepi kek tiramisu dan cara membuat kek nya ? Pasti sudah tahu bukan ? Jika anda sudah tahu resepi kek tiramisu mudah dan sedap dan cara membuatnya jangan lupa share ke kawan kawan anda semua agar kawan – kawan anda semua juga bisa membuat kek tiramisu sedap ini. Selamat Mencuba.

Pencarian resepi terkini:

  • resepi kek tiramisu step by

Tags: