Resepi Kuih Talam Pandan Sukatan Cawan

Resepi Kuih Talam Pandan – Assalamu’alaikum dan salam sejahtera untuk anda semua, berjumpa kembali bersama kami admin kongsi resepi yang senantisa berkongsi resepi resepi mudah dan terkini. Tanya Pak Cik Google minta diberi sedikit idea kuih muih yang sesuai. Dalam banyak lagi, mata terpandang kuih Talam Pandan yang memang sedap ala ala tepung pelita gitu. Dulu pernah dibuat sekali tapi kejadiannya hancuis walaupun rasanya sedaaap. Berdasarkan maklum balas, memang ramai yang dah cuba memasak ini. Bila disemak balik, rupanya saya pernah membuat Kuih Talam Pandan menggunakan resepi yang sama. Kiranya ini adalah kali kedua saya membuatnya.

Kuih Talam Pandan
Kuih Talam Pandan

mana silapnya, bahagian lapisan bawah dikukus hampir 1 jam, masih berair juga di permukaan tengahnya. Tak tahu lah sebab saya memasaknya terlalu sekejap sebelum betul betul naik wap. Bila puas menunggu, saya ambil keputusan untuk menceduk sahaja air keluar. Hmmm banyak pulak tu. Hampir satu mangkuk kecil. Nak kata air menitis, saya mengoles tudung pengukus setiap 5 minit sekali. Ada sesiapa yang pernah mencuba dapat bantu, saya memang suka kuih ini kerana kalau nak dibuat tepung pelita, malas nak beli daun pisang. Kuih ini boleh banyak juga, satu saiz 10x10x3 dan beberapa kecil untuk kami berbuka puasa.

Tapi saya tak mengingatkan masa meletak dalam acuan menjadikan bahagian lapisan putih ternipis lah pulak berbanding lapisan hijau. Hmmm nasib lah untuk makan sendiri. Tapi tak tipu, bukan sebab bulan Ramadhan tapi bulan lain juga, tipu tu berdosa, memang sedap kuih ni. Cukup lembut dan kemanisannya. Cuma lain kali, saya nak double kan lapisan putih tu sebab macam nipis sangat atau membuat 1 1/2 adunan ke giteww. Jom layan resepi dulu.

Resepi Kuih Talam Pandan

Lapisan Bawah Hijau (A) :

  1. 1 1/2 cwn gula
  2. 2 1/4 cwn tepung beras
  3. 1 1/2 sb air kapur

Lapisan Atas Putih (B) :

  • 1/3 cwn tepung beras
  • 3 cwn santan
  • 4 sb tepung jagung
  • 1 sk garam

Cara memasak :

  1. Campurkan semua bahan A. Kacau hingga tidak bergentel dan tapis. Masak sekejap dengan api sederhana, kacau. Cukup sehingga naik wap dan gula hancur.
  2. Isikan dalam acuan yang telah disapu minyak. Kukus hingga masak dalam 15-20 minit bergantung kepada bekas saiz. Saya kukus hampir 1 jam lamanya.
  3. Campurkan semua bahan B. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
  4. Tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak. Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, untuk menghasilkan permukaan yang cantik & rata. Atau dilap tudung pengukus setiap 5 minit sekali.
  5. Biarkan betul betul sejuk baru potong, jika boleh menggunakan plastik pisau.

Nota:
Untuk rujukan sendiri, kuih ini sangat sedap hanya lapisan atas perlu dibuat 2 adunan atau 1 1/2 adunan agar kelihatan lebih seimbang lapisan ketebalannya.

Baca Juga : Resepi Biskut Cheese Mudah

Bagaimana mudah bukan resepi kuit talam pandan mudah sukatan cawan ni ? Sudah tentu mudah bukan ? Jangan lupa share resepi kuih talam pandan sukatan cawan ni kepada kawan – kawan anda atau pun kkepada sanak sodara anda semua. Happy Cooking !

Tags: