Resepi Nasi Ayam Simple & Sedap

Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera untuk semua pembaca blog kongsiresepi.org. Bonda masak apa untuk hari ini? Admin hari ni masak resepi nasi simple dan sedap, cara buatnya mudah sangat. Tak perlu fikirkan lauk dan lain-lain, simple sangat.

Nasi Ayam Simple
Nasi Ayam Simple

Sebab admin masak resepi nasi ayam sedap ini kerana cara buat resepi ni sangat mudah dan ringkas, sesuai bila disediakan untuk anak-anak pergi ke sekolah dan juga suami pergi ke pejabat. Bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat resepi nasi ayam mudah ni tak terlalu banyak, sederhana sangat. Jom tengok & cuba resepi nasi ayam berempah ni!

Resepi Nasi Ayam Simple & Sedap

Bahan untuk Ayam/Sup/Kuah Kicap & Kuah Cili

  • 1 labu bawang besar – dipotong 4
  • 1 sup bunjut
  • 1 inci halia – diketuk
  • 1 ekor ayam – dipotong 4
  • 3 ulas bawang putih – diketuk

Cara Buat :

  1. Rebus bahan-bahan hingga mendidih, kemudian keluarkan ayam dab toskan. Separuh air rebusan tadi gunakan untuk memasak nasi dan asingkan separuhnya lagi untuk dibuat sup ayam dengan cara tambahkan daun sup serta kiub ayam, bawang goreng serta daun bawang sebagai hiasan.
  2. AYAM : Perapkan ayam dengan 2 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar madu, serta 1 sudu besar sos tiram. Goreng hingga keperangan kemudian potong saat menghidang.
  3. KUAH CILI : Kisar sekitar 5 tangkai cili merah, 1/2 sudu teh cuka, 2 sudu besar sos cili, 1 ulas bawang putih, gula dan garam.
  4. KUAH KICAP : Campurkan 5 sudu besar kicap manis ke dalam 1 cawan air rebusan ayam dengan 1/2 sudu teh minyak bijan serta 3 sudu besar kicap masin.

Bahan Untuk Nasi

  • 1 sudu teh garam
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • kulit dan lemak ayam
  • 3 cawan beras – basuh kemudian toskan
  • 4 1/2 cawan air rebusan daging ayam
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
Resipi Nasi Ayam Simple & Sedap
Resipi Nasi Ayam Simple & Sedap

Cara Buat Nasi Ayam Sedap

  1. Panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian campurkan sedikit mentega ke dalam periuk nasi. Tumis semua bahan yang dihiris hingga berbau harum. Lepas tu masukkan lemak ayam, kacau sehingga sebati dan pecah minyak.
  2. Masukkan beras, lepas tu kacau sekali lagi.
  3. Lepas tu masukkan pula daun pandan, garam, air rebusan ayam, serta beberapa titis pewarna kuning (jika Bonda suka) kemudian masak seperti memasak nasi biasa.
  4. Nasi ayam sedap siap Bonda hidangkan!

Demikian yang dapat admin sampaikan, semoga boleh memberi manfaat untuk semua yang membaca blog ini. Sekian dan terimakasih banyak!

Tags: