Resepi Okonomiyaki Mudah dan Sedap

Resepi Okonomiyaki¬†–¬†Assalamu’alaikum dan salam sejahtera untuk anda semua berjumpa kembali bersama kami kongsi resepi yang senantisa berkongsi pelbagai macam jenis resepi – resepi mudah dan terkini. Hari ni kami akan berkongsi salah satu resepi masakan jepang ialah resepi okonomiyaki mudah. Siapa para pecinta makanan jepang yang tak tau dengan makanan yang satu ni ? Pasti semuanya tahu bagi anda yang benar benar pecinta masakan jepang sejati. Okonomiyaki sudah tak asing lagi ditelinga para pecinta masakan jepang hal ini dikeranakan banyak para pecinta masakan jepang yang gemar dengan resepi okonomiyaki mudah. Tak jarang orang pun membeli okonomiyaki dua porsi untuk dirinya sendiri.

Okonomiyaki
Okonomiyaki

Resepi okonomiyaki mudah ni banyak kali yang mencari dan ingin mempelajari resepi yang satu ni. Memang resepi okonomiyaki mudah ni bisa dikatakan mudah dalam membuatnya. Hanya saja membutuhkan ketekunan saat membuat adunannya. Tapi tek perlu bimbang buat anda yang tak bisa memasak atau tak bisa membuat resepi okonomiyaki mudah ni, Kerana kami akan memberikan resepi okonomiyaki mudah step by step sehingga anda semua mudah tuk mempelajarinya dan mudah tuk mengikuti resepi – resepi yang kami buat dibawah ni. Okonomiyaki ni mempunyai rasa yang sangat lezat jadi tak hairan bila banyak para pecinta masakan jepang yang menggemari masakan jepang yang satu ni. Buat anda yang sudah tak sabar dengan resepi okonomiyaki mudah ni, jangan buang – buang masa lagi sila rujuk resepi okonomiyaki mudah dan sedap dibawah ni.

Resepi Okonomiyaki Mudah dan Sedap

Bahan – Bahan Yang Digunakan :

  1. Dashi 8 gram (1 stick)
  2. Udang/Sotong/Tuna dalam tin (Nak letak cheese pun boleh, tapi paling sedap bagi aku letak udang atau tuna lah.. Memang paberet!!)
  3. Air 200 ml
  4. 300gram kobis potong nipis
  5. Garam 1/2 sudu teh
  6. Minyak secukupnya untuk membakar
  7. Telur 3 biji
  8. Tepung 150 gram
  9. Baking powder 1 sudu teh
  10. Tenkasu (optional)
  11. Yamaimo 150gram diparut * (Baca penerangan lanjut di bawah ya)

Topping :

  1. Okonomiyaki sauce
  2. Kewpie Mayonis
  3. Bonito flakes (katsuo bushi)
  4. Aonori seaweed

Cara – Cara Membuat Okonomiyaki Mudah dan Sedap :

  1. Campurkan tepung, garam, dashi dan baking powder. Campurkan pula telur, air dan yamaimo yang telah diparut. Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan tenkasu, kobis dan udang. Biarkan dalam 10-15 minit sebelum di bakar atas pan. Masa nak masak tu, buat macam buat lempeng, tapi jangan penyekkan sebatian atas pan tu supaya hasilnya gebu dan lembut.
  2. Terbalikkan bila sebelah dah masak. Bila dah masak kedua belah, angkat dan letakkan topping ikut turutan yang disukai.. Aku suka letak sos>aonori>bonito flakes> mayonis.

Baiklah.. Sekarang tentang yamaimo. Yamaimo adalah sejenis keladi jepun. Rupanya putih, permukaannya berlendir. Kalau diparut ianya akan nampak rupa berbuih, berlendir dan pekat. Kalau boleh jangan pegang direct dengan tangan sebab getah dia sangat gatal. Tiap kali pun aku tergaru garu. Hahaha.. Yamaimo ni harganya sangat mahal kalau di Malaysia. Dan susah nak dapat. Setakat ni aku pernah jumpa di Jaya Grocer Empire Shopping Mall Subang Jaya. Harganya RM30/kg. Satu ketul kecik aku guna untuk satu adunan harganya RM4++.

Tak jumpa? Jangan risau. Ada sejenis keladi cina yang namanya berbeza tapi dari spesis yang sama. Dengan kata lain, sama gatal sama berlendir tapi lebih mudah dijumpai dan harganya lebih murah. Kat Tesco ada jual. Namanya Shan Yao. Harganya RM10/kg.

Baca Juga : Resepi Udang Telur Masin Sedap

Kalau tak jumpa/tak kenal atau simply malas nak carik, ganti je ngan tauhu jepun. Rasanya akan lari sikit, tapi insya allah sedapp..Sebab keladi yang guna tu takde rasa. Ianya berperanan untuk bagi tekstur yang lembut dan gebu pada okonomiyaki. Tapi kalau guna tauhu jepun tu ada rasa jugak kan. Tapi dari segi tekstur insya allah paling mendekati. Happy Cooking !

Pencarian resepi terkini:

  • kongsi resepi okonomiyaki

Tags: